FAQ

Most frequent questions and answers

Soalan Lazim dan jawapan

Daun bidara diekstrak sebagai gel mandian berfungsi sebagai Antiseptik. Antara khasiat bidara adalah

  • Melembapkan kulit kering
  • Menghilangkan bau darah haid
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Mengurangkan alahan radang kulit
  • Membantu masalah gangguan diri

Antara kebaikan bidara yang paling utama ialah merawat gangguan pada tubuh badan secara luaran dan dalaman. Antara gangguan diri yang sering berlaku ialah cepat marah, beremosi, perubahan perangai atau sikap yang kurang baik, kerap murung, panas baran dan sihir. Gangguan ini akan menjadi lebih teruk kalau tak dikesan awal dan dirawat segera. Bayangkan gangguan ini akan menjadi lebih parah sehingga berlaku keretakan rumah tangga dan sakit berpanjangan akibat disihir dan akhirnya maut akibat sihir dan gangguan.

Dalam alam Melayu, bidara telah digunakan secara meluas dalam merawat masalah gangguan mahkluk halus, jin atau saka.

Bidara merupakan racun bagi makhluk halus, jin atau saka ini. Sifat pokok bidara yang berduri amat takuti oleh golongan ini. Apabila dirawat dengan bidara, golongan pengacau yang ada dalam tubuh badan manusia akan berasa tidak selesa dan keluar. 

Al-Quran memperakui adanya jin dan sihir. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yang tidak dapat kita nafikan. Allah menjadikan jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus.

Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki ke dalam badan manusia melalui cara halus. Allah menjadikan jin  pelbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk memasuki tubuh badan manusia. Manusia yang mmepunyai ilmu hitam menggunakan jin untuk kepentingan ilmu sihir mereka untuk menyakiti manusia dan lari dari tauhid kepada Allah.

Selain gangguan makhluk halus, jin atau saka, gangguan amnya berkait dengan kehidupan manusia. Gangguan kehidupan manusia adalah seperti masalah di tempat kerja, masalah rumah tangga, hubungan tidak baik sesama manusia lain serta persekitaran yang bermasalah. Bila tubuh badan manusia lemah, gangguan makhluk halus seperti jin, syaitan atau saka akan berjaya menguasai dan mengatasi fitrah diri yang baik. Jika jahat menguasai hati, cahaya bersih dalam hati akan diselaputi kehitaman.

Rawatan berterusan mandi bidara dan aromaterapi alam semulajadi serta amalan zikir dan Al-Quran mampu menangkis serta menghindar gangguan ini masuk ke dalam tubuh manusia. Proses penjagaan dan penguasaan diri menjadi putih dan suci adalah proses berterusan sehingga akhir hayat manusia.

Bahan aromaterapi yang kami gunakan dalam produk The Said Ahmad adalah seperti berikut:-

  1. 7 Ros
  2. 7 Limau
  3. 7 Bunga
  4. 7 Beri
  5. Lavender
  6. Bunga rampai

7 Ros

Terdapat 7 jenis ros seperti ros turki, ros english, ros nusantara, ros geranium, ros china, ros india dan ros bulgaria.

7 Limau

Terdapat 7 jenis limau yang digunakan seperti limau purut, pomelo, limau nipis, oren, limau mandarin, lemon, dan citron.

7 Bunga

Antara bahan 7 bunga ialah kenanga, melur, orkid, ros, safron, lavender dan daisy.

7 Beri

7 Beri pula mengandungi bahan seperti strawberri, raspberry, blackberry, mulberry, blueberry, billberry dan cherry.

Bunga Rampai

Antara kandungan bunga rampai ialah kenanga, melur, orkid, ros, safron, lavender, daisy dan pandan.

Kesemua jenis bunga-bungaan di atas menmpunyai keistimewaan adalah seperti menyegarkan tubuh badan selepas mandi, meneutralkan bau badan serta meningkat aura pada si pemakai.

Bagi produk bayi pula aromaterapi yang digunakan berfungsi mengurangkan ruam bayi, mengurang stress, melembapkan kulit bayi serta membolehkan bayi tidur lebih lena.

The Said Ahmad ditubuh secara rasmi pada tahun 2017. Nama Said Ahmad diambil sempena nama junjungan besar nabi iaitu Saiyidina Muhammad SAW. 

Misi kami membantu manusia mengenal potensi gangguan hidup agar hidup lebih ceria dan harmoni kembali kepada fitrah diri dan tuhan. 

Gangguan diri dalam kehidupan adalah lumrah ujian manusia di dunia. Gangguan seperti ini jika diolah akan lebih menjurus kepada pengurusan, penerimaan dan keyakinan diri manusia sesama mahkluk, alam dan tuhan.

Dengan mengamati dan memperkuatkan keyakinan tersebut, moga semua gangguan yang dialami manusia akan lebih terjaga dan terhindar dengan izin Allah.

Selaras misi kami tersebut, kami menyediakan platform produk bidara dan aromaterapi agar boleh membantu manusia yang menghadapi masalah kehidupan dengan berkongsi ilmu dan kaedah rawatan yang kami mampu dengan izin Allah jua.

Perawatan syifa’ mengikut bahasa arab adalah rawatan yang menyembuhkan. 

Ya, produk bidara dan aromaterapi The Said Ahmad menjurus kepada konsep perubatan tradisional yang popular dalam alam melayu nusantara yang boleh merawat, mewangi sekaligus menghindar dan menyembuhkan penyakit.

Perawatan dan perubatan menggunakan bahan tradisional dari alam semulajadi seperti bidara, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan serta buah-buahan terpilih telah terbukti berkesan sejak zaman-berzaman lagi dan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Apabila zaman bergerak maju, kaedah klinikal dengan teknologi moden diperkenalkan. Tanpa meninggalkan kaedah rawatan tradisional dengan bahan-bahan alam semulajadi, teknologi moden digabungkan dan bahan-bahan ini diekstrak menjadi lebih mudah untuk dipakai dan diketengahkan.

Maka lahirlah produk kami yang menggunakan bahan bidara dan aromaterapi yang lebih moden dengan ekstrak kandungan tanpa meninggalkan konsep perubatan lama dan bahan dari alam semulajadi yang terbukti berkesan dalam perubatan tradisional sejak zaman dahulu lagi.

Gel mandian kami mengandungi pelbagai jenis aromaterapi

  1. 7 Ros
  2. 7 Limau
  3. 7 Bunga
  4. Bunga Rampai
  5. Lavender

Selain bidara dan kandungan bahan di atas, kandungan asas gel mandian terkandung seperti berikut:-

  1. Purified Water
  2. Sodium Lauryl Sulfate
  3. Cocamide Dea
  4. Cocamidopropyl Betaine
  5. Peg-7 Glyceryl Cocoate
  6. Styrene Acrylates Copolymer
  7. Disuccinate
  8. Methylisothiazolinone
  9. Peppermint Oil
  10. Sodium Chloride
  11. Citric Acid
  12. Trisodium
  13. Ethylenediamine

Seperti kandungan di dalam gel mandian kami, bahan-bahan yang kami gunakan dalam produk lain juga  tidak mengandungi racun dan toksid dan selamat digunakan. Bahan-bahan yang kami guna adalah natural dari tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan serta buah-buahan dan selamat untuk pemakaian orang dewasa, kanak-kanak mahupun bayi. Bahan natural akan lebih selamat diserap kulit dan masuk ke dalam badan berbanding bahan kimia yang akan menjadi kesan sampingan.

Berikut adalah kandungan yang terdapat pada setiap kategori produk kami:-

1. Minyak bidara dan aromaterapi

  • bunga lavender, buahan 7 limau dan 7 jenis bunga ros
  • mineral oil

2. 

Untuk lebih selamat, kami mengesyorkan pemakaian produk harus mengikut cara dan kaedah yang disyor dan ditetapkan.

Secara amnya, fitrah mengajar supaya jangan berlebihan. Baik dari segi pengambilan makanan, mahupun aktiviti yang melampau. Cukup sekadar mengikut kemampuan fitrah yang sedia ada.

Bahan yang baik mungkin bertukar racun jika diambil berlebihan. Seperti contoh, gula perlu untuk memaniskan makanan dan minuman, tetapi menjadi racun jika diambil berlebihan. Kesannya tidak mendadak kerana gula adalah bahan ekstrak alam semulajadi. Berbeza dengan bahan yang dihasilkan secara klinikal seperti makanan tiruan yang diasaskan dari bahan kimia. 

Kandungan bahan-bahan produk kami tidak mengandungi racun dan toksid dan ia selamat digunakan. Bahan-bahan yang kami guna adalah natural dari tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan serta buah-buahan dan selamat untuk pemakaian orang dewasa, kanak-kanak mahupun bayi. Bahan natural akan lebih selamat diserap kulit dan masuk ke dalam badan berbanding bahan kimia yang akan menjadi kesan sampingan.

Untuk lebih selamat, kami mengesyorkan pemakaian produk harus mengikut cara dan kaedah yang disyor dan ditetapkan.

Aura mengikut ilmu sains adalah getaran atau gelombang.

Aura dan getaran dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu. Tenaga akan terhasil apabila berlaku perlanggaran atom dan elektron.

Asal usul kejadian aura menurut cerdik pandai Islam, adalah dijadikan dari cahaya iaitu Nur Allah. Begitu juga halnya dengan roh yang diberi rupa dan paras maka roh akhirnya mengenal asal-usul penciptanya.

Aura manusia yang bocor boleh diertikan sebagai aura yang tidak stabil. Ketidakstabilan ini adalah disebabkan oleh masalah dalaman diri seperti stress, kurang keyakinan diri dan kemurungan. Aura akan menjadi tidak stabil apabila hati berbolak-balik, tiada keyakinan dan tiada penyerahan penuh pada penciptanya. Lebih parah lagi apabila ini berlaku, aura jahat akan masuk menyelinap hati yang kurang cahaya dan mengawalnya.

Untuk merawat hati, pelbagai kaedah digunakan. Dalam konteks perawatan mandian, bidara menjadi medium rawatan permulaan dan berterusan disamping amalan zikir yang dipasakkan ke dalam hati yang bermasalah. 

Rawatan positif secara berterusan akan berhasil merawat aura yang bocor. Kesannya kehidupan akan lebih teratur dan rezeki bertambah lancar.

Banyak elemen yang perlu diambil kira jika ingin merawat masalah aura bocor. Untuk menjaga cahaya hati perlu kembali kepada fitrah diri dan alam.

Pemakanan, pakaian, menjaga kebersihan dan adab serta akhlak mulia mencerminkan hati yang bersih. Cahaya dalaman yang putih akan keluar dan menarik cas atau tenaga luaran. Hal ini mungkin boleh menarik elemen positif disekeliling manusia malah menarik peluang dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Close Menu
×
×

Cart